BRT Laluan Sunway
BRT Laluan Sunway

BRT Laluan Sunway

Greater KL / Klang Valley Integrated Transit MapStesen pertukaranLaluan BRT Sunway ialah laluan transit aliran bas (BRT) yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang merangkumi pinggir bandar tenggara Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Laluan ini dikendalikan oleh Rapid Bus dan telah diperkenalkan pada tahun 2015 untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan berkepadatan tinggi Sunway dan Subang Jaya, menggantikan pelan cadangan sebelum ini untuk lanjutan Monorel Sunway yang kini tidak berfungsi lagi.Bas-bas BRT mempunyai laluan eksklusif melalui jalan raya bertingkat dan tidak berkongsi dengan lalu lintas kenderaan lain di jalan raya aras tanah. Laluan jalan raya berasingan dikhaskan untuk bas Laluan BRT Sunway adalah hampir sama dengan kereta api transit aliran deras. Walau bagaimanapun, pengusaha bas selain daripada Rapid Bus, tidak mempunyai hak untuk menggunakan jalan raya bertingkat ini dan tidak ada laluan jalan yang boleh diperolehi dari jalan raya aras tanah ke laluan jalan raya bertingkat ini. Sistem BRT tertutup ini bertujuan memenuhi keperluan kapasiti penggunaan yang tinggi bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya boleh digunakan sepanjang trek 5.4km antara terminal Setia Jaya dan USJ7 yang membenarkan pertukaran penumpang ke rel transit.Sistem BRT ini telah menerima penarafan pingat Gangsa oleh BRT Standard gol dari Institut Polisi Pembangunan dan pengangkutan (ITDP). [1]

Rujukan

WikiPedia: BRT Laluan Sunway http://english.astroawani.com/malaysia-news/more-b... http://www.marketwatch.com/story/southeast-asias-l... http://www.theedgemalaysia.com/business-news/24757... http://www.themalaysianinsider.com/citynews/greate... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.myrapid.com.my/ http://www.myrapid.com.my/media-centre/media-relea... http://www.nst.com.my/business/nation/byd-to-suppl... http://www.nst.com.my/life-times/health/lrt-brt-pr... http://www.nst.com.my/node/76929